Kamal Adli yang sebelum ini 'diceraikan" dalam percintaan dengan Intan Ladyana mengaku kecewa selepas melihat gambar bekas kekasihnya dengan lelaki lain di Venice Itali.Dia sebelum ini tak jemu-jemu memujuk rayu Intan Ladyana supaya kembali menyambung cinta mereka semula.Namun ditolak oleh Intan Ladyana.
Kata Kamal:-
Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram bersama teman-teman lain di Venice.Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru. Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih.
Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa. Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan. Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang