Punca Que Haidar Kembali Berlakon

Bidang lakonan memang menjanjikan pendapatan lumayan.Que Haidar yang sebelum ini bersara dalam bidang lakonan pun terpaksa berlakon semula kerana duit dan keseronokan.

"SEMUA orang buat silap. Saya pun buat silap," ujar Que Haidar selepas dilihat kembali aktif dalam bidang seni. Sebelum ini Que pernah berhasrat tinggalkan terus dunia lakonan. Dia juga tidak kisah jika ada pihak yang ingin menyamakannya seperti perumpamaan 'sudah ludah, jilat semula.'-mStar


Bercakap pada mangga online
Saya sangat suka watak anti-hero yang mana ia lebih menunjukkan kelemahan dalam manusia. Apabila saya dapat skrip untuk filem tersebut iaitu mengenai budaya Skinhead, saya terus suka.
 “Sejujurnya saya tak faham kenapa industri kita lebih gemar mengangkat cerita mengenai hantu mahupun cinta. Kenapa bukan filem seperti ini iaitu tentang persahabatan dan keluarga.
“Kisah penceritaan mengenaibrotherhood dalam filem ini membuatkan saya terpanggil untuk kembali semula ke layar perak,” katanya yang ditemui pada sidang media tayangan perdana filemOphilia di Times Square baru-baru ini.

0 comment... add one now