Kumpulan Sepahtu terdiri dari Jep dan Shuib memperkenalkan ahli baru Ilya Senario pada pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.Ilya yang pernah popular dalam kumpulan Senario dahulu juga dikenali Pak Ya atau Ilya Buang.
Pelawak Ilya tampil membuat penjelasan dia sendiri yang menarik diri dari kumpulan Sepahtu kerana masaalah kesihatan.Dia yang mengidap kencing manis tidak dapat beri tumpuan pada latihan dan persembahan Maharaja Lawaj Mega.
Ilya Buang tidak dapat memberi fokus dan menyumbangkan idea sehingga menjejaskan prestasi kumpulan tersebut.
Ini antara luahan dan komen Ilya Buang: (mStar)
"Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.
"Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,"
"Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.
"Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas,"
"Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.
"Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,"
Dia juga baru sahaja menjalani pembedahan membuang bisul di Hospital Pantai.Ilya menafikan dia dibuang dari Kumpulan Sepahtu dan mengatakan hubungan mereka masih baik seperti biasa.