Video Pilu Dua Sepupu Lemas Dalam Banjir Jadi Viral

Video sedih mangsa lemas dihanyutkan banjir ini menjadi viral di media sosial ketika ini.Rakaman dari jauh itu dirakam oleh jiran sekampung dari arah seberang sungai.Mangsa yang lemas cuba diselamatkan oleh sepupunya namun malang apabila kedua-dua mereka dihanyutkan arus deras.

KOTA BAHARU: Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa di sini, pada Khamis ,menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.

Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa.

"Mayat kedua-duanya telah dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

















0 comment... add one now