Seorang polis Bukit Aman menerima nasib malang apabila putus tangan ditetak kira-kira 10 orang lelaki di sebuah kelab malam di Jalang Changkat Bukit Bintang awal pagi tadi.Kejadian itu berjaya dirakam oleh CCTV dalam premis berkenaan.Bukit Bintang sekarang lebih dimonopoli oleh Pak Arab.Dalam video rakaman cctv juga kelihatan seperti geng-geng pak arab dengan pedangnya.
Kejadian berlaku ketika premis hiburan berkenaan sedang dikemas untuk ditutup apabila mangsa dikatakan tiba-tiba didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu memasuki pusat terbabit.
Mangsa yang kritikal kini dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.
Katanya, polis sudah melawat lokasi kejadian dan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta merampas beberapa parang milik suspek.-Hmetro..
-Nampaknya tiada lagi menteri yang berani mengulang ayat Malaysia masih aman..