Gambar Dan Video Ngeri Jambatan Gua Musang Runtuh Kerana Banjir

Seorang pengguna facebook berjaya merakam video detik ngeri Jambatan di Bandar Gua Musang Lama runtuh akibat dilanggar arus deras air banjir.Rakaman itu bagaimanapun terlalu pendek kerana dia terkejut dan cuba melarikan diri dari bencana alam dahsyat itu.









setakat ni 12pe (pencawang elektrik) kita dah tutup bekalan. Termasuk 2 pe supply air kelantan. Mhn maaf atas kesilapan demi keselamatan penduduk di daerah kita. Kesemua pe ini tlh dilimpahi air banjir.

TERKINI 6PM: Total 12PE (2 new):

1. pe kedondong -22.12
2. pe kubang pepuyu -22.12
3. pe sk lata rek -22.12
4. pe pasir jering -18.12
5. pe ladang sg teku -22.12
6. pe kilang kuala gris -22.12
7. pe ladang kuala gris -22.12
8. pe chatel -22.12
9. pe tok uban -22.12
10. pe mini hidro latarek -22.12
11. pe intake -baru
12. pe loji air pahi -baru




GUA MUSANG - Jalan Besar dan Jalan Pekan Lama di Bandar Gua Musang dilaporkan tidak boleh dilalui semua kenderaan berikutan air Sungai Chinda melimpah disebabkan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, jalan ditutup sejak pukul 7 pagi tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu pengguna yang mahu ke Kota Baharu diminta melalui Jalan Persiaran Raya.

Antara jalan lain yang ditutup kepada kenderaan ialah Jalan Chiku–Aring, Jalan Kampung Batu Papan, Jalan Pekan Lama dan Jambatan Kampung Kerinting berikutan limpahan Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Ketil.

Keadaan itu menyebabkan lebih 200 penduduk di lima buah kampung berpindah sejak pukul 7 pagi tadi.




Saiful Bahri berkata, kampung berkenaan ialah Kampung Batu Papan, Kampung Kuala Nerus, Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Lebir, Kampung Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi yang penduduknya kini berpindah ke pusat pemindahan.

Sementara itu Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah, Mohd Yusalmi Yusoff berkata pihaknya sudah membuat persiapan untuk membantu perpindahan mangsa banjir di kampung-kampung terbabit. - Bernama

0 comment... add one now