Minyak Petrol Turun 1 Januari 2015


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.91 untuk petrol RON95, RM2.11 (RON97) dan RM1.93 bagi diesel.

PETALING JAYA: Harga petrol RON95 dan RON97 akan menurun sebanyak 35 sen seliter manakala diesel turun 30 sen, mulai 1 Januari 2015.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan akan terus memantau harga pasaran petrol dan diesel, dan juga kadar pertukaran mata wang, dalam beberapa bulan akan datang.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.-mStar

0 comment... add one now