Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part7


Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part7



Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6







DS Najib membaca Yassin bersama orang ramai di Masjid Assalam Pengkalan Chepa, Kelantan selepas Solat Maghrib serta Solat Hajat supaya bencana banjir beransur reda.





Keadaan di Manek Urai setelah banjir surut




Polis Pahang

Sebuah lori unit Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM Cheras yang membawa barangan bantuan mangsa banjir telah terbalik ketika dalam perjalanan menuju ke Kg Tempoyang, Kuala Lipis semalam.

Dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan.






INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.
Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat.
Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

Kesimpulan: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014




selfie..bagai..









Bantuan makanan di Sekolah Kebangsaan Cucuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan




WARGA emas, Samah Singah, 71, yang lumpuh diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat dengan bantuan penduduk Kampung Pangsenam selepas kampung tersebut dilanda banjir di Temerloh. - Foto BERNAMA









MBI Terrace @ Dataran Ipoh.













Sukarelawan sedang mengagihkan bantuan banjir di jambatan yang runtuh di Pulau Stelu, Gua Musang, hari ini. - Foto oleh TRW Lembah Kelang FAIZAL HASBI




Berpelukan mereka selepas dibawa keluar dari Pos Gob, Kampung Gawing, di Gua Musang. Katanya mereka ini menyertai misi kemanusian tapi terkandas 5 hari. Mereka dibawa keluar dengan helikopter APMM.



Norashikin bertahan 12 jam atas pokok



GUA MUSANG 27 Dis. – Seorang pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1 di sini terpaksa bertahan selama 12 jam di atas pokok bagi menyelamatkan diri daripada banjir yang melanda Kampung Kundur di sini pada Selasa lalu.

Malah, Norashikin Mohd. Shahir, 14, sebelum ini tidak pandai untuk memanjat pokok tetapi demi kelangsungan hidup, dia menjadi berani.

“Seharian juga saya duduk atas pokok apabila hujan lebat dan air semakin meningkat.

“Dahan pokok yang meliuk-liuk akibat dipukul angin dan hujan lebat menyebabkan saya terus bertahan dengan duduk di celah-celah dahan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Norashikin berkata, semua keluarganya sudah ke pusat pemindahan di SMK Tengku Indra Petra 1 manakala dia tidak sempat untuk berbuat demikian.

“Saya memanjat pokok ini pada pukul 10 pagi dan bersyukur apabila ibu dan anggota penyelamat datang menyelamatkan saya kira-kira pukul 10 malam,” katanya yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik.



Banjir dijangka berlarutan

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Penduduk Pantai Timur diminta berjaga-jaga kerana bencana banjir dijangka berlarutan untuk tempoh lebih lama selepas Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning di seluruh negara pada Ahad sehingga Selasa ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail sehubungan itu menasihatkan masyarakat sentiasa berwaspada dengan cuaca semasa dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang terlibat dalam operasi banjir.

“Mereka yang terlibat dengan bencana ini juga diharapkan tidak mempercayai sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial yang tidak mempunyai pengesahan kerana dikhuatiri daripada sumber tidak rasmi.

“Kita tidak mahu orang ramai menjadi panik dengan berita palsu sehingga operasi menyelamat oleh pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak dapat dijalankan dengan lancar,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

0 comment... add one now