Menceritakan semula detik cemas itu, Nur Amira berkata, pada mulanya dia menyangkakan bermimpi apabila badan berasa terlalu sakit seolah-olah ada benda yang menghempap.
"Saya dalam keadaan 'mamai' terkejut kerana melihat ada seorang lelaki yang menghempap badan saya ketika tidur.
Begitu kata Nur Amira Asaari, 22, yang mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan retak tulang lengan kiri dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, ibu mangsa, Ardiana Ahmad Kamil, 45, yang cedera parah di bahagian perut akibat ditikam kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.