Awas Ribut Jangmi Dalam Perjalanan Ke Semenanjung Malaysia

RIBUT JANGMI....dijangka menghampiri Pantai Timur pada 3 Jan 2015 dan Sabah pada 1 Jan 2015....elak berada di kawasan pesisiran pantai....

Ibarat 'Sudah jatuh ditimpa tangga' istilah ni mungkin bersesuaian dengan situasi negara kita sekarang nie. Selepas bencana banjir besar menimpa bumi Pantai Timur dan kehilangan pesawat Air Asia #QZ8501 sekali lagi kita akan berhadapan dengan ujian terbaru.


DARIPADA: KETUA PENGARAH
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 31 Disember 2014
Our Ref: JMM.RML06/599/46/Jld.35(22)


Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 08:52AM 31 Disember 2014
Nama : Ribut Tropika (Jangmi)

Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 31 Disember 2014.

Kedudukan : Latitud 9.1 Utara dan Longitud 121.4 Timur, kira-kira 219 km ke Barat Laut Mindanao, Filipina.

Pergerakan : Ke arah Selatan dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 562 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan Perairan Sabah (Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman),W.P Labuan dan Sarawak (Miri dan Bintulu). Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


ribut ni mmg konfirm,,, kalau google ribut JANGMI (SENIANG) kebanyakan laman web berkaitan cuaca memang ada bg tau ribut ni akan menghala ke semenanjung malaysia.. tapi pelik malaysia wat rilek je siap kata ni khabar angin..

http://weather.com.ph/announcements/...ate-number-012

http://thenhbushmantyphoon.blogspot....pdate-011.html

http://www.wunderground.com/hurrican...angmi?map=5day


KUCHING: Sarawak sedang memantau pergerakan ribut tropika Jangmi yang kini menghala tengah dan selatan Filipina dengan teliti, walaupun ia dijangka tidak membawa kesan serius kepada bahagian selatan Sarawak sekiranya ribut itu tetap dengan haluan pergerakannya.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, berkata pergerakan ribut itu hanya akan memberi kesan hujan agak lebat di beberapa tempat di bahagian utara Sarawak seperti Miri, Limbang dan Lawas, namun ia dijangka tidak serius.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ribut tropika itu akan dipantau dengan teliti tiga atau empat hari ini sekiranya ia menyimpang daripada pergerakannya, namun persekitaran semasa tidak menunjukkan tanda-tanda bencana besar akan melanda Sarawak.
Bagaimanapun, katanya, semua agensi dan jabatan yang berkaitan sudah diarah meningkatkan tahap kesiapsagaan sejak beberapa hari lalu dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir.
Bercakap kepada media selepas majlis penyerahan replika cek RM2juta oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai bantuan buat mangsa banjir di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau berkata beberapa tempat di Sarawak sudah dinaiki air semalam, namun keadaannya tidak serius dan air surut beberapa jam kemudian.
Jabu berkata, pihaknya sudah menjangka paras air akan naik di Pantu (kira-kira 136km dari Kuching) yang mengalami banjir semalam memandangkan kawasan itu sememangnya rendah dan air sungai akan melimpah sekiranya berlaku hujan walaupun sedikit.
Beliau berkata, banjir turut berlaku di Baram (kira-kira 824km dari Kuching) semalam, namun paras air sudahpun surut beberapa jam kemudian. Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan bahawa Ribut Jangmi yang kini berada di kedudukan kira-kira 40km barat daya Cebu, Filipina, sedang bergerak ke arah barat-barat laut dengan kelajuan 15km/j.
Jaraknya dari bandar terdekat di Malaysia ketika ini ialah kira-kira 767km ke timur laut Sandakan, Sabah dan ketika ini ia tidak membawa kesan signifikan kepada Malaysia.-bernama

0 comment... add one now