Amerika Akan Bertindak Balas Isu Hacker Korea Utara Pada Sony

Pada masa yang sama, Obama berikrar AS akan bertindak balas berhubung insiden serangan penggodam terhadap Sony yang mendorong firma berkenaan mengambil tindakan tersebut.Sebelum ini, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyalahkan pemerintah komunis Korea Utara sebagai bertanggungjawab melakukan serangan itu.

SEBUAH papan iklan untuk filem The Interview dilihat pada Khamis lalu di Venice, California. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kelmarin menyatakan, firma Sony melakukan kesilapan kerana tidak meneruskan tayangan sebuah filem satira berkaitan komplot untuk membunuh pemimpin Korea Utara.

“Mereka (pihak pengurusan Sony) sepatutnya bercakap dengan saya terlebih dulu sebelum membuat keputusan,” kata Obama.

“Kita tidak mahu mempu*nyai masyarakat yang mana ada diktator di luar sana (pemerintah Korea Utara) boleh menguatkuasakan penapisan sesuka hati,” tambahnya.

Terdahulu, Sony menyatakan pihaknya tiada pilihan selain membatalkan edaran filem itu, The Interview selepas pawagam-pawagam di AS enggan menayangkannya.

Dalam pada itu, diplomat Korea Utara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kim Song menafikan negaranya menggodam studio perfileman Sony.

“Korea Utara tiada kaitan dengan perkara ini,” katanya. – AGENSI

0 comment... add one now