Video Jutaan Duit Berterabur Atas Jalan Dikutip Orang Ramai

Sebuah van keselamatan yang mengalami kemalangan telah menyebabkan duit berjuta dolar berterabur atas jalan.Kejadian itu sempat dirakam dengan video.Polis Hong Kong telah merayu kepada orang ramai untuk kembalikan wang tunai berjuta-juta dolar yang telah diambil selepas van yang  mengangkut HK $ 525m ($ 68m; £ 44m) kemalangan di jalan utama.

Wang kertas bertaburan di atas jalan selepas kemalangan jalan raya. Saksi berkata, berpuluh-puluh orang bergegas untuk mengutip wang tunai sebelum polis bersenjata tiba untuk mengawal kawasan itu. 

Pihak polis memberi amaran sekiranya wang tersebut gagal dikembalikan, ia "satu jenayah yang sangat serius ". Kejadian itu berlaku pada waktu makan tengahari di salah satu jalan di Hong Kong paling sibuk di daerah Wan Chai di Pulau Hong Kong,trafik jem teruk kerana orang ramai mengabaikan keselamatan diri untuk mengutip wang tersebut.

0 comment... add one now