Setelah hampir sejam tersebar berita di media sosial mengatakan helikopter milik PDRM kemalangan,Ketua Polis Negara akhirnya mengesahkan melalui twitter helikopter PDRM yang berulang alik melakukan bantuan banjir di Tanah Merah terbabit dalam kemalangan namun krew selamat.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi melalui Twitternya mengesahkan tentang insiden sebuah Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.
Dalam insiden pendaratan cemas tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Menurut laporan, kejadian berlaku di kawasan perumahan Kursial.
Helikopter tersebut sedang dalam misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
Pengesahan tersebut menjawab pelbagai pertanyaan dan spekulasi yang mula memenuhi media sosial sejak lebih sejam lalu.-astroawani