Dengan kekalahan Malaysia malam ini,nampak jelas apa yang dikatakan Afdlin Shauki sebelum ini.Malaysia tak pandai berlakon dalam perlawanan bola yang sememangnya ia adalah skil penting untuk terus menjadi juara.Memang patut Afdlin melatih pasukan harimau malaya untuk berlakon hingga mengelirukan pengadil dan lawan.
TERPULANG kepada anda menilai ini sebagai gurauan ataupun satu tawaran yang serius.
Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki ketika bercakap kepada Sinar Harian petang semalam, mengaku sedia melatih skuad Harimau Malaya.
Apakah ini bermakna Afdlin mahu mengambil alih tempat Dollah Salleh?
"Tidak. Saya bukan jurulatih taktikal bola sepak tetapi jurulatih lakonan. Saya mahu ajar pemain Harimau Malaya bagaimana mahu baiki mutu lakonan ketika beraksi di padang," katanya.
Sebagaimana peminat Harimau Malaya lain, Afdlin mengaku, daripada pengamatannya, pemain skuad negara tidak pandai berlakon ataupun sememangnya tidak mahu berlakon seperti kebanyakan pemain pasukan negara lain, termasuk Thailand yang akan jadi seteru mereka pada pertembungan final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
“Saya sendiri boleh ajar. Tak payah hantar ke kelas lakonan. Saya boleh tunjuk sebab saya sendiri pun minat bola," kata penyokong tegar Liverpool itu.
Ditanya mengenai tempoh, bagi Afdlin, sebulan memadai.
Tempoh itu kata Afdlin, cukup untuk dia menurunkan ilmu yang boleh menyebabkan lakonan pemain bola sepak dipercayai dan mempengaruhi pengadil.
Afdlin berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap 'lakonan' pemain bola sepak negara berbanding pasukan lawan yang akan mereka temui malam ini yang begitu ketara kualiti persembahan mereka ketika final pertama di Bangkok lalu.