Video Fizo Selfie Banjir Bergelak Ketawa Dikritik Peminat

Tokey burger yang berjaya Fizo Omar, membidas tindakan segelintir orang ramai yang mengkritik gambar dan video selfie nya ketika banjir.Dalam video selfie Fizo dilihat ceria gembira dengan bergelak ketawa dengan rakan-rakan bagaikan dalam pesta banjir.Bagaimanapun Fizo omar sebenarnya bertungkus-lumus membantu menyelamatkan yang terperangkap dalam rumah hingga jam 4 pagi.Dia juga memberi percuma stok daging dari stornya pada penduduk yang kelaparan.ko hader?


"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.

"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fizo ketika ini masih berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan untuk membantu mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kelantan.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia dan pasukan Hot Burgers Malaysia berada di Kelantan sejak Khamis lalu untuk mengagih-agihkan makanan dan barang keperluan lain kepada mangsa banjir.

Jelas Fizo, dia dan pasukannya menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan terus ke rumah mangsa yang masih terperangkap dan tidak sempat untuk diselamatkan.



"Ada yang masih terperangkap di rumah sejak banjir berlaku dan mereka ini menjadi tumpuan kami kerana kebanyakan daripada mereka sudah berhari-hari tidak makan kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.

"Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke sana dipermudahkan dan kebetulan kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan membolehkan kami merentasi kawasan yang dinaiki air," katanya.

"Syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di negeri Pantai Timur dan pelbagai barang tiba di lapangan terbang untuk diagihkan.

"Atas sebab itu kami ambil keputusan untuk terus berada di sini sehingga keadaan beransur pulih dan membantu apa yang perlu," ujarnya.-mStar
A video posted by fizoomar (@fizoomar) on

0 comment... add one now