Walaupun Juliana Evans sering mengenakan pakaian yang terdedah sana sini,rupa-rupanya dia masih ingin mengekalkan nilai ketimuran dengan tidak mahu berb#gel di pentas Hollywood.Juliana Evans sudah mengikat kontrak dengan pengurusan Hollywood,dia turut mengenakan syarat ketat terhadap pihak pegurusan beliau di sana untuk tidak mendapatkan kerja seni melibatkan adegan intim dan s#ksual seperti b#gel dan bercium atas nama seni.
“Syarat saya kepada agensi di sana ialah tidak akan berb#gel, berci#m dan melakukan sebarang adegan intim dalam mana-mana tawaran kerja. Alhamdulillah, mereka boleh menerima syarat saya dengan baik dan memahami prinsip saya”
“Sebagai orang Malaysia & Islam saya tahu batas-batas yang harus saya jaga. Jika syarat itu akan mengurangkan tawaran kerja, saya redha, apa yang penting saya berusaha untuk mencari peluang kerja terlebih dahulu,” tambahnya lagi kepada rotikaya.
“Saya mahu mencabar diri. Saya sedar persaingannya cukup sengit tetapi saya mahu lihat sejauh mana diri saya boleh pergi ke Hollywood dengan bakat yang saya ada. Bukan mahu popular atau menjadi artis gred A di Hollywood kerana sedar perkara itu memakan masa yang lama”
“Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mencapai impian sebagai anak seni. Berjaya atau tidak, pengalaman itu akan saya gunakan pada masa hadapan bukan sahaja untuk diri saya tetapi dikongsi bersama penggiat seni tempatan,” ujarnya.
-Bagus la kalau begitu.. teringin pula lihat dia berhijrah dengan bertudung penuh.. mesti bertambah manis dan cantik.