Lebih 40 mayat dibawa keluar dari laut : Tentera Laut Indonesia
JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mayat dari laut pada Selasa, dalam usaha mencari pesawat AirAsia QZ 8501.
Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat.
"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang, " kata Simorangkir antara barang2 yg dijumpai
Jasad dijumpai berpegangan tangan
Selat Karimata: Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui dalam keadaan berpegangan tangan ketika pasukan mencari dan menyelamat membuat tinjauan dari udara.
Juruterbang pesawat Hercules A-1319, Lettu Adhi Miswara berkata, selepas menemui jasad pertama mangsa nahas, pihaknya melakukan tinjauan di sekitar kawasan berkenaan dan menemui kira-kira lapan jasad lagi tidak jauh dari lokasi penemuan jasad pertama .
Pesawat Hercules yang diterbangkan dari Lanud Halimperdanakusuma Jakarta sempat mendarat di Lanud Iskandar Pangkalan Bun sebelum membuat pencarian di wilayah selatan perairan Pangkalan Bun.
Setelah menemui pelampung berwarna oren dan serpihan pesawat, kira-kira 4.30 petang waktu tempatan, mereka menemui jasad mangsa yang dibawa arus ke Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam.
"Ia ditemui di barat dan dekat dengan lokasi pertama," katanya.
Pembantu juruterbang, Erwin Tri Prabowo pula berusaha merakam gambar jasad-jasad itu dengan menggunakan kamera dengan lensa panjang.
"Kami melihat dalam jarak sekitar 5 kilometer, ada kira-kira tujuh hingga lapan jasad lain.
"Satu daripada jasad yang ditemui dalam posisi tertiarap memakai baju putih dan seluar hitam. Selain itu juga ada sekelompok jasad malah ada yang masih berpegang tangan," katanya.
Sementara itu, sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 jasad terdampar ditengah laut ketika usaha mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat AirAsia, kata jurucakap tentera laut.
“Berdasarkan laporan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa keluar 40 jasad dan angka itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka kini terlalu sibuk,” kata Manahan Simorangkir. - Agensi