Ramai Tidak Tahu KWSP Beri RM2500 Kepada Ahli Yang Meninggal

Ramai yang tidak tahu bahawa ada sumbangan khas untuk ahli KWSP yang meninggal dunia.Sumbangan sebanyak RM2500 ini akan diberikan kepada waris yang meninggal dunia.Bagaimanapun sekiranya anda tidak memohon,bantuan itu akan lenyap selepas 6bulan.


Tersebar maklumat di internet dan aplikasi sosial mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memaklumkan mengenai bantuan sebanyak RM2,500 yang diberikan kepada ahli keluarga pemegang akaun yang meninggal dunia.

Dalam pesanan itu mengatakan, hanya sedikit jumlah yang menerima bantuan RM2,500 kerana tidak ramai mengetahui mengenainya.

Pesanan yang disampaikan secara berantai itu, turut mempersoalkan ke mana pergi RM2,500 berkenaan jika tidak dituntut keluarga si mati.

“Di manakah RM 2,500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? Poket seseorang?

“Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia,” menurut mesej itu.


FAKTA

Persoalan mengenai bantuan kematian tersebut sudah dijelaskan KWSP sejak tahun lalu lagi di laman web mereka.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporatnya, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di laman web KWSP menafikan, agensi itu tidak memaklumkan tentang Bantuan Kematian KWSP.

Beliau berkata, Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka mengikut syarat ditetapkan.

Syarat-syarat tersebut ialah warganegara Malaysia, ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian dan permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Dalam pada itu, katanya, Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada mereka.

“KWSP ingin menjelaskan bayaran Bantuan Kematian dibuat daripada pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli.

“Jika waris ahli tidak layak menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen,” katanya.

1 comment... add one now

Ros Ahmad Ros Ahmad 9:47 PM
betul. Saya pun baru je tahu psl ni.
thanks for sharing.