Tujuh Pelajar Mengandung Selepas Balik Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar  mungkin dah bertukar jadi lawatan sambil berbulan madu bagi rombongan pelajar yang menginap sementara di hotel.Kurang pemantauan semasa mereka menginap di hotel mungkin menjadi punca 7 pelajar mengandung sebaik pulang dari lawatan.

Penduduk Bosnia dikejutkan dengan kejadian tujuh pelajar perempuan berusia 13 dan 14 tahun yang disahkan mengandung selepas pulang dari rombongan sekolah.

Kejadian ini menyebabkan ibu bapa menuntut jawapan kenapa guru-guru yang mengikut rombongan berkenaan tidak memantau pelajarnya dengan rapi, hinggakan mereka mengandung.


Seramai 28 pelajar perempuan terlibat dalam lawatan sambil belajar selama lima hari ke Sarajevo termasuk di muzium dan tempat bersejarah.

Tujuh pelajar yang mengandung itu kini dilaporkan telah tercirir pelajaran.

Kes ini telah menjadikan isu pendidikan seks diperdebatkan di seluruh Bosnia.

Jumlah remaja berusia antara 13 dan 15 tahun yang terlibat dengan seks di Negara itu kini didapati semakin meningkat.

Keadaan ini menyebabkan ibu bapa semakin bimbang.

0 comment... add one now