Yahoo Tamatkan Laman Web Untuk Pasaran Malaysia


Kesemua perubahan ini dilakukan Yahoo! pada Disember ini juga, bagi memfokuskan kepada beberapa perkhidmatan lain.

Pengumuman rasmi daripada Yahoo! ini hadir selepas beberapa desas-desus sebelum ini mengatakan Yahoo! akan menutup pejabat di Malaysia.
Kuala Lumpur - Yahoo! secara rasminya mengumumkan akan menamatkan sejumlah laman dan perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Perkara ini termasuk beberapa laman media yang khusus untuk pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, Yahoo! akan menamatkan laman Yahoo! News, Yahoo! SHE, Yahoo! Sports, Yahoo! OMG, dan juga Yahoo! Entertainment.

Sebagai ganti, pengguna akan dibawa ke halaman utama Yahoo! dan ditawarkan info antarabangsa, bukannya khusus untuk pasaran Malaysia sahaja.

Disamping itu Yahoo! akan menamatkan Yahoo! Profile dan pengguna kini perlu menguruskan akaun melalui laman Yahoo! Account.

Yahoo! juga akan menamatkan Yahoo! Classic Games yang menawarkan beberapa permainan klasik seperti Poker, Bingo dan Pool.

Sumber: Yahoo!

0 comment... add one now