Elton John Kahwin Dengan Teman Lelaki Handsome

Ini merupakan perkahwinan kali kedua bintang pop sensasi Inggeris berusia 67 tahun itu yang nama sebenarnya ialah Reginald Kenneth Dwight bersama dengan kekasihnya, seorang pengarah filem terkenal berasal dari Ontario, Kanada dan kini berumur 52 tahun.
LONDON – Penyanyi legenda British, Sir Elton Hercules John akhirnya memeterai secara rasmi ikatan perkahwinan dengan teman lelakinya selama 21 tahun, David Furnish dalam upacara serba sederhana di kediaman mereka di Windsor, barat London semalam.

John pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera wanita dari Jerman, Renate Blauel di Sydney, Australia pada 1984; setelah gagal mengahwini kekasih pertamanya, Linda Woodrow, namun pasangan tersebut terpaksa bercerai empat tahun kemudian
Beliau pernah mendaftar perkahwinan secara sivil dengan Furnish akhir 2005 iaitu pada hari sama Britain mula mewartakan Akta Perkahwinan Awam dan kali ini mereka berkahwin secara rasmi selepas England meluluskan undang-undang perkahwinan gay Mac lalu.

Pemuzik yang pernah diberi gelaran The Rocket Man setelah dinobatkan sebagai penghibur rock terbaik pada 1975 di Santa Monica, California itu berasa bangga kerana England, Wales dan terbaharu, Scotland minggu ini membenarkan perkahwinan sesama jantina.
Kira-kira 50 tetamu hadir pada majlis bersejarah secara tertutup itu antaranya bintang bola sepak sensasi, David Beckham dan isteri, Victoria, aktres Elizabeth Hurley serta pemuzik metal ternama, Ozzy dan isterinya, Sharon Orbourne, lapor media tempatan hari ini.
Gambar-gambar perkahwinan pasangan bahagia itu turut dimuat menerusi laman Instagram mereka selain akaun #ShareTheLove dan upacara tersebut turut disaksikan anak mereka Zachary, 3 tahun, dan Elijah, 23 bulan, yang lahir melalui ibu tumpang. – Agensi

0 comment... add one now