Ngeri Gambar Mangsa Banjir Di SMK Manek Urai

Seramai 500 orang mangsa banjir di SMK Manek Urai kini dalam keadaan bahaya.Menurut maklumat terkini  mereka berada pusat pemindahan banjir yang tanpa disangka turut ditenggelami air.Kalau dilihat gambar dibawah ini memang ngeri kerana bila-bila masa sahaja bangunan sekolah setinggi empat tingkat ini akan ditenggelami air.

Lebih ngeri sekiranya arus deras meruntuhkan terus bangunan ini.Kenyataan daripada jurucakap bomba memang agak pelik,mereka tak tahu nak buat apa hanya mampu tenangkan mangsa banjir.

KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.

BANJIR: 500 terperangkap di pusat pemindahan

Kuala Krai: Lima ratus mangsa banjir terperangkap di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai di sini, selepas kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) itu dinaiki air sehingga tingkat tiga bangunan berkenaan sejak pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, air yang naik mendadak di kawasan itu menyebabkan semua mangsa banjir menyelamatkan diri naik ke tingkat empat bangunan berkenaan.

Katanya, pasukan penyelamat berdepan masalah untuk memindahkan kesemua mangsa kerana tiada lokasi yang sesuai untuk menempatkan mereka.

"Kini kita hanya mampu mententeramkan mereka supaya tidak panik.

"Kita akan cuba sedaya upaya membantu mereka," katanya.-hmetro

Lokasi pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, Kuala krai.

0 comment... add one now