Gambar Detik Cemas Orang Sulu Bersenjata Culik Di Semporna
AnonymousKUALA LUMPUR - Polis Marin Filipina dan pasukan antipenculikan sedang giat menyelaras dengan rakan sejawat mereka di Malaysia bagi menyelesaikan kes penculikan terbaru di sebuah resort dekat Semporna, Sabah, malam tadi.
Kedutaan Filipina di sini dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua pihak berkuasa keselamatan sedang bertukar-tukar perisikan dan berusaha ke arah menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin.
"Atase Polis di kedutaan serta-merta memaklumkan kepada polis Filipina di kawasan berhampiran bagi kemungkinan melakukan penahanan sekiranya penculik dan mangsa menuju ke kawasan mereka," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kedutaan itu berkata pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan nama mangsa Filipina itu sehingga ahli keluarga atau waris mangsa dimaklumkan.
Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, seorang pelancong wanita berusia 29 tahun dari China dan pekerja wanita resort warga Filipina berusia 40 tahun itu diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum di Semporna. - Bernama
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →