Pelatih PLKN Kerap Dic#bul Tanpa Rela

Mangsa mendakwa kejadian dia dic#bul itu kerap berlaku tanpa kerelaannya menyebabkan mangsa trauma dan ketakutan,” katanya.Che Suza berkata, mangsa dijemput bapanya di kem berkenaan pada Rabu lalu tetapi hanya membuat laporan polis pada Isnin lalu selepas menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

(gambar hiasan)

KUALA TERENGGANU - Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendakwa menjadi mangsa c#bul rakan pelatih lelaki, dalam satu kejadian di sebuah kem PLKN di Chukai, Kemaman.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 18 tahun hanya mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chukai, Kemaman, Isnin lalu, setelah hampir dua minggu merahsiakan perbuatan suspek, 18.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, mangsa yang menjalani program latihan khidmat negara di daerah ini mendakwa dic#bul suspek yang turut sama menjadi pelatih di kem sama.

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam pada 8 Disember lalu ketika mangsa berehat, sebelum didatangi suspek yang bertindak memegang punggung mangsa.

“Difahamkan ketika kejadian, terdapat beberapa rakan pelatih lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Jelasnya, identiti suspek sudah dikenal pasti dan akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menc#bul,” katanya.

0 comment... add one now