Berita dari Indonesia melaporkan enam mayat telah ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia.3 Mayat telah berjaya di bawa keluar dari air,operasi membawa mayat lain ditangguhkan kerana cuaca semakin buruk
JAKARTA 30 Dis. – Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia mengesahkan penemuan enam mayat, dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak dua hari lalu.
Jelas agensi itu, tiga daripada enam mayat yang ditemukan telah dibawa keluar dari lokasi nahas.
Stesen televisyen tempatan, TVone dalam laporannya turut menyiarkan rakaman video seorang anggota penyelamat cuba mengangkut seorang mayat penumpang di zon pencarian. - utusan
Body bags being brought to pangkal bun by search and rescue team and Air Force #QZ8501
Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia, Basarnas setakat ini telah menemui enam mayat dipercayai penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.
Agensi berita antara melaporkan tiga daripadanya telah di dipindahkan ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah menggunakan helikopter Angkatan Udara Indonesia.
Bagaimanapun maklumat terbaru menyatakan operasi SAR berkemungkinan akan dihentikan sementara susulan cuaca buruk.
Serpihan-serpihan pesawat dan mayat ditemui terapung di kawasan pencarian di Laut Jawa.
10 serpihan itu ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat AirAsia yang membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal itu terputus hubungan dengan menara kawalan-tv3.com.my
DEVASTATING NEWS. Family members of passengers onboard the missing Malaysian air carrier AirAsia flight QZ8501 react after watching news reports showing an unidentified body floating in the Java sea, inside the crisis-centre set up at Juanda International Airport in Surabaya on December 30, 2014. Photo by Manan Vatsyayana/AFP