Seorang penjenayah yang dikehendaki polis kerana kes pecah kereta telah bertindak gila dalam cubaan melarikan diri.Suspek sebelum itu cuba memecahkan kereta orang yang parkir untuk jogging di Taman Tun Fuad.Dia kemudian ditangkap orang ramai hingga terkepung dalam kereta.Seorang anggota polis telah menembak pada tayar kereta berkenaan beberapa kali,namun dia masih tetap melarikan diri dengan tayar kereta yang pecah.
DIKEHENDAKI – 19 Dis, Polis Kota Kinabalu mohon kerjasama orang ramai untuk mengesan 2 saspek yang terlibat dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta Taman Tun Fuad Padang semalam dimana saspek telah merosakkan beberapa buah kereta orang awam termasuk sebuah motosikal milik anggota Cegah Jenayah Balai dalam cubaan saspek melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis.Berikut adalah pengenalan salah seorang saspek yang dicari untuk membantu siasatan :-
Nama : Samri Bin Samsul
KP : 861027-12-5239
Alamat : Penempatan Kinarut , Papar.
Saspek juga dipercayai telah terlibat dalam 8 kes pecah kereta yang berlaku di sekitar Luyang.
Orang ramai yang mengenali atau mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Insp Mohamad Ali di talian 013-2120852 atau hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
Polis Kota Kinabalu turut menasihati orang awam tidak meletak kenderaan di tempat yang sunyi dan terpencil serta tidak menyimpan barang-barang berharga dalam kenderaan kerana akan mewujudkan peluang dan menarik minat penjenayah untuk melakukan kes pecah kenderaan.
https://www.facebook.com/mykkpolice
Zumaire Hasan Polis tk lepaskn tembakkn sbb byk perkara yg akan menyusahkn bg polis yg lpskn tembakkn tepat kt bdn org tu.. Kalau tembak mati maka kuarlah peguam2 yg nk sumbat polis yg tembak tu dlm penjara... Walaupn yg ditembak tu penjenayah yg dikehendaki... So polis tembak tayar jer la... Lg 1 perompak tu tk takot ngan pistol tu sbb dier tau polis tkkn tembak derang kalau derang tk der senjata.. Makna nyer perompak tu mmg dh biasa kuar msk penjara n tau law polis... Senang citer mcm ni lah sian kt polis tu sbb sgala tindakkan derang org tk suke walaupn membahayakan nyawa polis itu sendiri...