5 Filem Hollywood Yang Meletup 2014

5 Filem Hollywood Yang Meletup 2014 | Kepada peminat filem Hollywood mesti tak sabar-sabar untuk serbu pawagam pada 2014 nanti.Filem-Filem hebat yang bakal pecah panggung nanti adalah filem sekuel kegemaran ramai.

RoboCop



RoboCop yang bakal ditayangkan pada 2014 merupakan arahan sutradara Jose Padilha. Filem ini dibikin semula berdasarkan filem dengan tajuk yang sama pada tahun 1987. Ditunggu-tunggu oleh peminat siri RoboCop, filem ini dibintangi oleh Joel Kinnaman, Gary Oldman, Michael Keaton, Samuel L. Jackson, Abbie Cornish dan ramai lagi.

Pada mulanya, pengarah filem ‘Black Swan’, Darren Aronofsky menggalas tugas untuk mengarahkan filem ini tetapi selepas beberapa kali ditangguhkan, kerusi pengarah diambil alih oleh Jose Padilha. Pastinya penonton yang pernah menyaksikan versi asal filem ini satu ketika dahulu menantikan bagaimanakah filem ‘remake’ ini dihasilkan.

Captain America: The Winter Soldier



Diarahkan oleh Anthony Russo dan Joe Russo, filem ini merupakan sekuel untuk filem Captain America: The First Avenger keluaran tahun 2011. Membariskan pelakon hebat seperti Chris Evans, Scarlett Johansson, Cobie Smulders dan ramai lagi, filem ini turut menampilkan Sebastian Stan dan Anthony Mackie buat pertama kalinya dalam siri filem ini memegang watak sebagai Winter Soldier dan Falcon.

Transformers 4: Age of Extinction



‘Transformers 4: Age of Extinction’ adalah filem keempat daripada rangkaian francais ‘Transformers’. Jika sebelum ini, tiga siri pertama filem ini dibintangi oleh Shia LaBeouf, untuk filem ini pula, Mark Wahlberg memegang peranan utama. Selain Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Jack Reynor and Kelsey Grammer membintangi filem yang berkisar aksi kenderaan yang bertukar menjadi robot ini. Siri ketiga filem ini mendapat kritikan kurang memberangsangkan, jadi peminat setia ‘Transformer’ pasti mengharapkan siri keempat filem ini divisualkan dengan lebih baik.

X Men: Days of Future Past



Diarahkan oleh Bryan Singer, filem ini merupakan filem ketujuh daripada siri filem ‘X-Men’. Filem ini dibintangi oleh Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Anna Paquin dan ramai lagi. Selepas 10 tahun, Bryan kembali menggalas tugas sebagai pengarah filem ini.

Sebelum ini, Bryan pernah mengarahkan dua filem daripada siri ‘X-Men’ iaitu filem ‘X-Men’ pada tahun 2000 dan ‘X2’ yang diterbitkan pada tahun 2003. Filem ini merupakan sekuel kepada filem terbitan tahun 2006, X-Men: The Last Stand and filem tahun 2011, X-Men: First Class. Filem ini juga berkesinambungan daripada filem terbitan tahun 2013, The Wolverine. Semestinya peminat siri filem ‘X-Men’ tidak sabar menantikan filem ini!

The Amazing Spider-Man 2



Filem ini merupakan filem sekuel kepada ‘The Amazing Spider-Man’ terbitan tahun 2012. Masih mengekalkan Andrew Garfield dan Emma Stone selaku teraju utama, filem ini sekali lagi mendapat sentuhan daripada sutradara terkemuka Marc Webb. Pastinya peminat siri filem Spider-Man tertunggu-tunggu apakah sambungan cerita yang dipaparkan dalam filem ini. Berlainan dengan filem sebelum ini, filem ini menjalani penggambaran secara sepenuhnya di kota New York. Pihak penerbit filem ini juga telah mengesahkan yang akan ada dua lagi kesinambungan daripada filem ini.-gua.com.my

0 comment... add one now