Menteri-menteri yang berkenaan berkata tidak perlu risau dengan kejatuhan ringgit Malaysia kerana tidak menjejaskan ekenomi Malaysia.Pada minggu ke 9 ringgit jatuh teruk lagi.Inilah jadinya apabila Malaysia yang maju kerana bergantung pada minyak.
Ringgit Malaysia yang terus mengalami kerugian masuk minggu kesembilan dan kejatuhan bon ekoran kebimbangan kejatuhan harga minyak, akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.
Mata wang tersebut merosot 6.8 peratus sejak 10 Oktober - prestasi paling teruk di Asia - ketika kejatuhan harga minyak mentah mengancam menjejaskan pendapatan negara pengeksportnya.
Harga komoditi itu jatuh di bawah paras AS$60 (RM209.06) setong buat pertama kali sejak 2009, dan menolak turun nilai ringgit kepada 3.5073 bagi setiap dolar AS minggu ini - yang terendah dalam tempoh lima tahun.
"Dengan harga minyak mentah di bawah AS$60, ringgit kini sedang menghadapi tekanan tambahan," kata Nizam Idris, ketua bahagian strategi tukaran asing dan pendapatan tetap Macquarie Group Ltd yang berpejabat di Singapura. "Tahap psikologi untuk unit Malaysia adalah 3.50."
Ringgit menyusut nilai 0.7 peratus dari 5 Disember kepada 3.4940 bagi setiap dolar AS pada 10.21 pagi di Kuala Lumpur, jangka masa terpanjang kerugian mingguan tahun ini, demikian menurut data yang dikumpul leh Bloomberg.-MK