Dulu Penjual Petai Kini Artis Terkenal


Siapa menyangka daripada seorang penjual petai di pasar malam, kini pelakon dan pelawak Ebby Yus sudah maju ke hadapan apabila bergelar usahawan restoran.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 48, sehingga kini sebanyak tiga cawangan restoran masakan Cina Muslim, Restoran Adam Lai telah berjaya diusahakannya bersama tiga rakan kongsi yang lain.




Saya sudah biasa dengan berniaga sejak kecil. Walaupun berlakon sejak 1983, tetapi saya tetap berniaga kecil-kecilan.

“Jangan tak tahu, saya pernah berniaga petai di pasar malam, walaupun sudah bergelar pelakon ketika itu,” katanya memetik laporan Berita Minggu, hari ini.

Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia mereka.

Dalam perkembangan lain, Ebby yang tercalon dalam kategori Pelawak Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular tidak mengharapkan sebarang kemenangan kerana merasakan artis komedi seperti Jep Sepahtu, Johan dan Zizan mempunyai peluang cerah untuk menggenggam trofi tersebut.


0 comment... add one now