Tahniah kepada calon yang layak untuk memohon ke sekolah Asrama 1Malaysia (AIM).Permohonan dibuka untuk pelakar Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 secara online. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.
Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:
ASRAMA 1MALAYSIA
|
NAMA SEKOLAH
| |
A1M Kuala Lumpur
|
SMK Victoria, Kuala Lumpur
|
lelaki sahaja
|
SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
|
lelaki sahaja
| |
SMK St John, Kuala Lumpur
|
lelaki sahaja
| |
SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
|
lelaki sahaja
| |
A1M Johor
|
SMK (P) Sultan Ibrahim,
Johor Bahru, Johor
|
perempuan sahaja
|
A1M Sabah
|
Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
|
lelaki & perempuan
|
A1M Sarawak
|
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak
|
lelaki & perempuan
|
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
- Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
- Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
- Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
- Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
- Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
- Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
- Sijil lahir pemohon / kad pengenalan
- Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014 (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)
- Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
- Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
- Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.
Klik untuk muat turun borang permohonan A1M 2015
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysiahttp://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH
atau