Pelik Ribuan Kerang Serang Terengganu Pula

Pada bulan Disember tahun lepas ribuan kerang mendarat di Lahad Datu.Kini kejadian sama berlaku lagi pada disember tahun ini apabila kerang didapati 'serang' pantai Terengganu pula.

Kuala Terengganu: Ribuan kerang mendarat di Pantai Seberang Takir, di sini, sehingga menjadikan kawasan berkenaan dipenuhi penduduk setempat.


November lalu, fenomena sama berlaku di Pantai Rusila, Marang dan Pantai Sura Hujung, Dungun, apabila ribuan kerang terdampar di kawasan pantai menjadikan kawasan berkenaan seakan-akan pesta.
kerang, kerang terengganu, kerang naik di pantai terengganu, kerang terengganu, kerang di terengganu, rezeki, pantai terengganu, terengganu, banyak kerang, musim tengkujuh, air laut bergelora, musim, banjir, musim hujan
Keadaan itu disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku di pesisir pantai berkenaan.

Difahamkan, penduduk mula mengetahui kerang memenuhi kawasan berkenaan pada awal pagi dan keadaan bertambah sesak menjelang petang.

Sehingga 7 malam ini, orang ramai masih memenuhi kawasan pantai berkenaan walaupun keadaan ombak tinggi dan besar.

Penduduk, Rosamiza Omar, 47, berkata, kejadian kerang naik ke darat tidak pernah berlaku di kawasan itu.-hmetro

0 comment... add one now