Budak Perempuan Jadi Mangsa C#bul Rakan Sekelas

Budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan luc#h,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan s#ksual terhadap anak sulungnya itu..

KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya.

Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut ‘tumpang sekaki’ dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya.

Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang ‘tunjuk kuat’ supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah. “Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu. “Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.


“Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu. Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu. “Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara saya,” katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya menukarkan dia ke sekolah lain. Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya.

“Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan luc#h,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan s#ksual terhadap anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika berjumpa lelaki.

 “Apa yang menghampakan, guru besar dan guru hal ehwal murid sekolah itu mengatakan ia hanya gurauan antara kanak-kanak,” katanya

Kenali Gangguan S#ksual Di Sekolah

GANGGUAN s#ksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja.

Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah.

Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar.

Malangnya terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibubapa yang masih tidak tahu bagaimanakah gangguan s#ksual ini boleh berlaku di sekolah dan apakah yang perlu dibuat untuk menanganinya.

Contoh jenis-jenis gangguan s#ksual pelajar di sekolah:

* Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk luc#h.

* Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau luc#h.

* Membuat perlakuan atau isyarat luc#h

* Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan luc#h.

* Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan s3ksual.

* Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan s3ksual.

* Melakukan sentuhan yang berunsur s3ksual.

* Memegang k#maluan sendiri di hadapan pelajar.

* Menyebar khabar angin berunsur s#ksual.

PemangsaKajian menunjukkan bahawa majoriti pemangsa sebenarnya rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah.

Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan s#ksual' ke atas pelajar perempuan.

Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homos#ksual atau on#ni.

Terdapat segelintir pemangsa (minoriti) yang terdiri daripada kakitangan sekolah atau pekerja khidmat kontrak.

Mereka sanggup mengetepikan nilai moral dan etika profesionalisme dengan meminta imbuhan s#ks sebagai balasan di atas sesuatu pertolongan yang akan diberi.

Gangguan s#ksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Bagaimanapun, ibu bapa dan guru boleh melihat beberapa perubahan ke atas tingkah laku pelajar terbabit bagi menyiasat kebarangkalian berlakunya kes gangguan s#ksual tersebut.

Panduan ibu bapa dan guruPada peringkat awal, tekanan emosi menyebabkan mangsa merasa malu dan rendah diri, ditambah dengan khabar angin cepat tersebar dalam kalangan pelajar lain.

Ini menyebabkan mereka mencari alasan untuk ponteng sekolah atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum.

Mangsa yang tinggal di asrama penuh pula akan meminta untuk ditukarkan ke sekolah harian.

Di rumah mangsa kelihatan murung dan kerap menyendiri. Adakala mangsa cepat melenting dan membuli adik yang lebih kecil.

Mereka juga melawan arahan ibubapa dan bersikap kurang ajar. Malah ada yang lari dari rumah.

Ini disebabkan oleh perasaan marah pelajar terhadap ibubapa yang dituduh sebagai gagal menghalang gangguan s#ksual tersebut.

Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak.

Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka.

Bagi pelajar remaja pula, mereka cenderung untuk belajar menghisap rokok atau mengambil dadah.

Dalam kes penc@bulan s#ksual atau perk#saan, perubahan tingkah laku yang ditunjukkan berbeza mengikut umur.

Kanak-kanak biasanya tidak membenarkan ibu bapa menyentuh bahagian bawah semasa membersihkan diri.

Mereka mengadu sakit di kawasan k#maluan atau an#l. Apabila diperiksa tanda kecederaan seperti kemerahan dan pengeluaran cairan dari k#maluan boleh dilihat.

Pelajar remaja pula biasanya gagal menyembunyikan tanda-tanda kehamilan sekiranya ia berlaku.

Perubahan bentuk badan, penambahan berat dan muntah-muntah pastinya mengundang kecurigaan.

Ibu bapa terutamanya dinasihatkan untuk bertanya tarikh haid terakhir pelajar. Trauma yang dialami oleh remaja yang mengandung luar nikah ini boleh menyebabkan kemurungan teruk dan percubaan membunuh diri.

0 comment... add one now