Ajaran Sesat Hooligans Punca Penyokong Malaysia Belasah Vietnam

Penyokong Harimau Malaya yang didalangi oleh kumpulan ajaran sesat hooligans IJF telah mencemarkan imej negara berikutan memukul dan membelasah penyokong Vietnam susulan Malaysia tewas 2-1.


Kumpulan Inter Johor Firms (IJF) merupakan punca pergaduhan Malaysia vs Vietnam Piala AFF Suzuki pada 7 Disember 2014. Seperti sedia maklum, sekumpulan suspek yang didalangi oleh IJF Inter Johor Firms yang dipercayai membawa ideologi “Hooligans” telah dikenalpasti terlibat dalam insiden memalukan negara pada perlawanan Malaysia Vs Vietnam di Stadium Shah Alam pada 7 Disember 2014.


Untuk info, individu yang menyertai IJF terpengaruh dengan ideologi “Hooligans” yang bermaksud kumpulan yang mencetuskan keganasan, menimbulkan kekecohan serta huru hara dalam sukan bola sepak.

 TMJ menerusi kenyataan rasmi pada 8 Disember 2014 telah mengharamkan persatuan IJF daripada memasuki Stadium Di Johor Bahru dan mana-mana stadium yang membabitkan perlawanan dengan pasukan negeri Johor berikutan fahaman “Hooligans” yang dibawa oleh kumpulan terbabit. -melvister

1 comment... add one now

AnonymousAnonymous 9:35 PM
Haramkn group tu buat apa. Haramkan individu2 malaun aka setan hooligan tu dari masuk stadium seluruh malaysia baru betul. Apa2 pun dedah je muka2 batak tu kt paper. Senang jumpa pakat tampar dgn selipar jepun