Pengangkutan awam teksi di Malaysia amat popular dikalangan wanita.Bagaimanapun dengan peningkatan jenayah,ramai wanita risau keselamatan ketika menaiki teksi.Sering timbul kes pemandu teksi lelaki melakukan kekerasan pada penumpang wanita.Untuk mengelakkan pelbagai perkara tidak diingini berlaku ketika naik teksi,sila ikuti beberapa tips berikut.
1.Gunakan teksi dari syarikat yang dikenali memiliki reputasi yang baik dan dipercayai.
2.Lebih elok naik dari tempat yang ramai orang seperti dari pasaraya yang biasanya dipenuhi deretan teksi.
3.Gunakan aplikasi pintar atau pun telefon untuk menempah teksi kerana semua data dan nombor teksi akan direkodkan.
4.Sebelum naik teksi,perhatikan logo teksi betul atau tidak,periksa gambar pemandu catat nombor teksi serta id pemandu.Jangan naik teksi yang bertinted gelap.
5.Perhatikan gelagat pemandu teksi.Jika pemandu sering memerhati anda,anda patut berwaspada kerana mungkin dia memiliki niat jahat.
6.Jangan tertidur dalam kereta kerana akan jadi mangsa.Sekiranya mengantuk,amalkan sms nombor teksi pada rakan anda.
8.Minta pemandu teksi menurunkan anda ditempat yang selamat yang ramai orang.
NEW DELHI 8 Dis. - Pasukan polis India berusaha mengesan seorang pemandu teksi perkhidmatan tempahan antarabangsa, Uber kerana didapati bersalah merogol seorang wanita berusia 26 tahun di pusat bandar negara itu semalam.
Pegawai polis New Delhi, Alma Ming berkata, siasatan lanjut yang dilakukan menjumpai sebuah teksi yang ditinggalkan pemandu berusia 32 tahun itu, namun pemandu tersebut masih dicari.
Akhbar Press Trust of India melaporkan, wanita itu tertidur semasa menaiki teksi terbabit. Apabila dia terjaga, dia dapati teksi itu berada di sebuah tempat tersorok dan pemandu teksi tersebut kemudian mengugut wanita berkenaan dan merogolnya.
Semoga dengan tips keselamatan wanita menaiki teksi diatas akan jadi amalan anda.