Puteri Balqis Disunting Walt Disney

Ramai mengetahui Walt Disney ialah syarikat filem terkenal dunia yang banyak mengeluarkan filem blockbuster.Terkini syarikat ini yang berpusat di Asia Tenggara berminat untuk mengambil Puteri Balqis berlakon.Semua bermula selepas kejayaan pelakon kanak-kanak ini membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin, kemudian pelakon kanak-kanak Puteri Balqis berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Susulan daripada kejayaan tersebut, bapa kepada pelakon kanak-kanak tersebut, Azizi Aziz memberitahu bahawa Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby turut menyatakan minat untuk menyunting anaknya menyertai saluran tersebut.

“Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut,” kata bapa pelakon cilik tersebut.

Walaupun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.

Kemenangan Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish yang baharu sahaja berusia tujuh tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis.-rotikaya

0 comment... add one now