Memang memalukan sekiranya kita terpaksa masuk di tempat yang memerlukan kita menanggalkan kasut.Malu apabila bau kaki semerbak semasa kasut ditanggalkan.Tak kira lelaki atau perempuan,sekiranya kaki kita berbau busuk memang tak selesa memakai kasut.Cabut je stokin dan kasut mesti semerbak bau tengik yang akan membuatkan kita dipandang orang sekeliling.Disini ada sedikit petua untuk elak kaki berbau busuk.
Pemilihan kasut yang sesuai harus diambil kira. Pada masa sama perlu juga berhati-hati dengan kesihatan kaki terutama bagi yang menghadapi masalah peluh kaki berlebihan.
Kehadiran peluh bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia adalah proses perkumuhan semula jadi tubuh. Namun, ia kurang menyenangkan apabila peluh keluar berlebihan atau disebut hyperhidrosis.
Keadaan lebih tidak selesa apabila ia membabitkan bahagian kaki atau plantar hyperhidrosis kerana jika dibiarkan boleh menjadi penyakit kulit.
Kaki berpeluh boleh berlaku pada semua orang dan menimbulkan masalah fungus atau kulat serta bakteria penyebab bau yang kurang enak.
Kebiasaannya kulat pada kaki akan muncul di celah-celah jari dan telapak kaki. Ia biasanya berlaku pada mereka yang memakai kasut tertutup dalam jangka masa lama (lebih empat jam), lebih-lebih lagi di iklim tropika yang mudah menyebabkan seseorang itu berpeluh.
Sebaiknya lap dan keringkan kaki bila mula rasa kurang enak kerana terasa lembap akibat peluh.
Kulat dan bakteria yang muncul akibat peluh bukan saja menjadi penyebab kaki berbau, bahkan jika dibiarkan keadaan mungkin menjadi lebih teruk termasuk penyakit kulit akibat kulat dan memerlukan rawatan perubatan selanjutnya.
Kemunculan kulat kaki dan bakteria juga boleh menular kepada orang lain. Kebiasaannya ia berlaku akibat tabiat pinjam meminjam kasut atau sandal.
Jika anda di dalam kategori di atas, cuba-cubalah petua yang ada di bawah ni.
1- Elak memakai stokin dari nylon, guna stokin diperbuat dari kapas supaya tidak berkuap. Pakailah sarung kaki dari bahan kapas atau benang bulu yang dapat membantu kaki tetap kering.
2- Jika kasut anda lembap, jemur di bawah panas matahari untuk mengeringkannya. Jangan pakai kasut yang lembap nanti kaki berkulat.
3- Sediakan lebih dari sepasang kasut begitu juga dengan stokin kalau boleh sehari satu stokin berlainan.
4- Amalkan membasuh kaki dan sabun dengan sabun antibakteria selepas membuka kasut setelah seharian memakainya.
5- Jika kaki anda masih berbau, amalkan merendam kaki kedalam air suam selama 10-15 minit dan gosok di bahagian celah-celah jari bagi membuang kotoran.
6- Sekiranya masalah kaki berbau masih berlarutan, cuba petua ini, didihkan 3 cawan air bersama 3 uncang teh dan dicampurkan dengan setengah baldi air sejuk kemudian rendamkan kaki dalam air tersebut bagi menghilangkan bau tersebut.
7- Ambil sebiji limau nipis dan gosokkan dibahagian kaki. Kalau boleh amalkan setiap hari dan ia amat berkesan untuk mengatasi masalah kaki berbau.
8- Boleh juga beli bedak antiseptik dan taburkan di dalam kasut atau sapu di bahagian kaki setiap kali sebelum memakai kasut. Bedak ini mampu menyerap peluh dan mengurang kaki berbau.
9- Setelah mandi, selalu keringkan kaki secara menyeluruh.
10- Pakailah kasut yang terbuat dari bahan seperti kulit. Ini memungkinkan kaki dapat bernafas sehingga terhindar dari bau yang disebabkan keringat.
11- Hindari memakai kasut yang sama dua hari berturut-turut. Oleh kerana kaki mengeluarkan peluh yang banyak, kasut memerlukan waktu untuk kering.
12- Ganti sarung kaki sekali atau dua kali sehari.
13- Bersihkan setiap kulit kaki yang mati dari telapak kaki, basuh kaki dengan air hangat dan keringkan secara menyeluruh.
Kalau masaalah ini berterusan,sila jumpa doktor untuk mengesan punca sebenar kaki anda berbau.