Pengumuman Bonus ASB 2014

Berita baik kepada anda yang mempunyai simpanan didalam ASB kerana pengumuman bonus telah pun dibuat pada pagi tadi.


PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 7.5 sen seunit dan bonus satu sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 7.5 sen seunit dan bonus satu sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata pemegang unit secara terkumpul memegang 137.07 bilion unit ASB.-berita harian 

0 comment... add one now