Gaya Rambut Terburuk Lisa Surihani

Terkejut dengan gaya rambut Lisa Surihani dalam akhbar Kosmo,adakah ini fesyen rambut terbaru Lisa Surihani,harap-harap bukan.. sebab gaya rambut ini agak buruk.Lisa Surihani seolah sebaya dengan Ifa Raziah apabila mengenakan gaya rambut ini.Setelah melihat instagram pelakon jelita ini,rupanya dia hanya mengenakan rambut palsu untuk sesi bergambar dengan Kosmo.Patut la buruk..hehe

Jika dihitung tempoh Lisa Surihani dalam menakluk industri seni tempatan, transparensinya dia bukan lagi budak mentah yang menghiasi iklan komersil hampir dua dekad lampau, meskipun resume memukau yang dimiliki Lisa sering dikaburi wajahnya yang keanak-anakan.

“Saya sentiasa menganggap diri sebagai seorang pelajar. Syukur Alhamdulillah, perjalanan kerjaya dan pengalaman amat indah apabila bekerjasama dengan orang yang tidak lokek ilmu dan komited.


SUDAH tersurat di Luh Mahfuz berhubung soal ajal dan jodoh bagi setiap makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Hakikatnya, tidak pernah tertulis betapa setiap pasangan berumahtangga dijanjikan cahaya mata tanpa sedar ia sebenarnya satu anugerah yang tiada tolok bandingnya.

Kita hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya. Selagi ikatan itu menguntum rasa yang dipanggil cinta, langkah seiringan setiap pasangan tidak akan pernah terhenti hingga ke pintu syurga.

Definisi bahagia itu sendiri hadir dalam bentuk berbeza bagi setiap insan. Mendirikan rumah tangga bersama Yusry Abdul Halim pada tanggal 23 Februari 2012, pengertian bahagia menzahirkan sesuatu rasa yang cukup istimewa buat aktres kesayangan peminat, Lisa Surihani.

“Apabila mampu menjamin kebahagiaan orang yang disayangi, ia membuatkan saya gembira,” tuturnya kepada Sensasi Bintang.

Kesempurnaan Yusry di mata Lisa

Perkahwinan itu sendiri boleh diibaratkan sebagai sebuah unit yang utuh. Berbanding mencari kesilapan rakan segandingan, usaha untuk saling melengkapi dilihat mampu menjamin sebuah pasukan yang sempurna.

Usia perkahwinan mereka yang baru menjangkau tiga tahun juga dianggap masih hijau barangkali, namun keserasian jelas menjadi kunci kebahagiaan Lisa dan suami.

“Bagi saya, Yusry sempurna untuk diri saya. Alhamdulillah, Yusry dan Lisa sentiasa serasi antara satu sama lain,” getusnya yang baru pulang bercuti dari Thailand bersama suami kelmarin.

Kalau nak tahu, sengaja persoalan sebegini ditebak terhadap pemilik nama sebenar Lisa Surihani Mohamed, 29, ini lantaran filem terbaharunya, Suamiku, Encik Perfect 10! bakal menjengah pawagam tempatan pada 22 Januari ini.

Selain Suamiku, Encik Perfect 10!, jelas Lisa, dia juga bakal terlibat dalam dua lagi filem iaitu Cicakman 3 dan Sinaran yang turut dijangka ditayangkan tahun ini.


Anggap diri sebagai pelajar

“Saya juga cukup menghargai sokongan penyokong-penyokong setia yang sudi membantu menaikkan karier saya,” kata penggemar masakan pedas itu yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 23 Mac depan.


0 comment... add one now