Cara Kawal Anak Dari Buang Masa Dengan Telefon Pintar

Anda risau dengan tabiat anak-anak yang lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar?Ya.. anda memang patut risau.Banyak keburukan sekiranya kanak-kanak terlalu obses dengan gadget-gadget canggih yang banyak mendatangkan keburukan ini.


Dibawah ini ada beberapa cara untuk mengawal anak anda dari telefon pintar dan seangkatan dengannya.

1. kurang main telefon depan kanak-kanak

Jika anda selaku ibubapa seringkali menggunakan gajet setiap masa di hadapan kanak-kanak, adalah sukar untuk mereka memahami mengapa mereka tidak patut menggunakan gajet setiap masa. Bak kata pepatah Melayu, seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.


Jadi, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengurangkan penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima.

Sekiranya perlu, masuk ke tandas untuk menjawab whatsapp rakan anda! :P

2. jgn guna gajet semasa makan.


Sekiranya anak-anak dibiarkan bermain dengan gajet sepanjang masa tanpa peraturan, pelbagai masalah mungkin timbul. Masalah seperti bateri habis, dibiarkan merata, dicampakkan ke sana-sini, dan pelbagai lagi masalah mungkin timbul.


Jadi kita perkenalkan peraturan untuk menggunakan gajet. Sebagai contoh:

Tetapkan tempat untuk bermain gajet. Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.
Jangan gunakan gajet ketika seluruh keluarga sedang berkumpul bersama. Adalah penting untuk seluruh keluarga berkomunikasi, jadi sama sekali gajet dilarang!
Cas semula selepas guna. Ajar anak anda untuk meletakkan semula gajet tersebut ke tempat asal, dan pasang semula chargernya. Berapa kali dalam pengalaman anda, apabila anda ingin menggunakannya, bateri sudah habis dan tidak dicas semula?

Kita boleh memperkenalkan peraturan ini untuk memudahkan semua pihak, disamping mengajar tanggungjawab kepada anak-anak.

3. Menentukan masa untuk bermain gajet



Tentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet. Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali. Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.

4. Tentukan jangkamasa penggunaan gajet


Kanak-kanak, jika dibiarkan bermain gajet, memang akan berlarutan. Kalau dibiarkan, memang sampai tengah malam pun belum tamat. Jadi kita perlu menetapkan masa mereka bermain, dan ajar mereka sejak dari kecil lagi agar mematuhi peraturan tersebut.


Sebagai contoh, gunakan jam randik atau jam loceng untuk menetapkan masa menggunakan gajet. Tetapkan sejam, atau dua jam; dan sebaik sahaja jam tersebut berbunyi, anda perlu mengambil semula gajet tersebut. Mungkin sukar pada mulanya untuk memulakan langkah ini, tapi kaedah ini juga dipanggil conditioning. Kanak-kanak akan memberikan respond kepada bunyi loceng tersebut. Akan tiba satu masa bila berbunyi saja bunyi loceng, anak anda sendiri datang dan menyerahkan gajet kepada anda!

5. Tentukan aplikasi jenis apa yang boleh digunakan


Kenalpasti aplikasi apa yang boleh menyebabkan anak anda leka atau menyebabkan mood mereka menjadi buruk. Kemudian buang atau kuncikan (lock) aplikasi tersebut agar mereka tidak menggunakannya lagi.

Internet browser seperti Chrome, Firefox dan lain-lain lagi perlu ditetapkan agar dipasang Child Lock. Dalam dunia internet dihujung jari ini, pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak boleh didapati dengan sekali klik. Jadi pihak Google sendiri telah memperkenalkan Child Lock untuk menapis gambar atau website yang tidak bersesuaian.

Juga, jangan benarkan anak anda mendownload aplikasi sendiri dari PlayStore atau iTunes. Sekiranya berlaku, buang aplikasi tersebut serta-merta dan pasang lock untuk menghalang mereka untuk menginstall sebarang aplikasi. Jika mereka ingin bermain satu aplikasi dari market, mereka boleh meminta kebenaran anda. Jika dirasakan aplikasi tersebut okay, anda sendiri yang perlu memuat turun aplikasi tersebut.

7. jgn umpakan smartfon sebagai gula2 untuk kanak2

Mungkin ada ibubapa di luar sana yang memberikan gajet
kepada anak mereka apabila diminta agar anak mereka
tidak menangis. Perlakuan ini akan memberikan idea
kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh mendapat gajet
hanya dengan berguling di atas lantai.

Jadi, apabila sampai masa untuk anda sendiri ingin
menggunakan gajet tersebut, ambil sahaja dari mereka.
Biar saja mereka berguling, menangis, meratap.


Sekiranya
ini berlaku, jangan berikan semula gajet tersebut kepada
mereka sehinggalah mereka belajar bahawa gajet tersebut
adalah milik anda dan mereka perlu memberikannya
semula apabila anda memerlukannya.

Mereka hanya
menggunakannya sebagai satu keistimewaan, dan
keistimewaan tersebut boleh ditarik bila-bila masa.


Apabila mereka sudah memahami peraturan tersebut, baru boleh
dikembalikan semula.

0 comment... add one now