Gambar Pertunangan Hanez Suraya

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban dan dihadiri keluarga terdekat masing masing."Ya... kami baru saja bertunang tadi," katanya yang cantik dengan solekan Chomel dan busana rekaan Fizi Woo.

gambar hiasan

Ternyata jodoh antara Hanez dan Romie masih kuat biarpun sebelum ini dilaporkan cinta mereka putus di tengah jalan.

Hubungan pasangan ini menjadi perhatian ramai tahun lalu apabila Hanez dikaitkan sebagai perosak rumah tangga Romie dan bekas isterinya yang dikatakan sedang berantakan.

Hanez juga berdepan dengan fasa kejatuhan yang mendadak berikutan kontroversi itu. Beliau bagaimanapun enggan mengenang kisah lalu.

"Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang," katanya.



HANEZ Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha dijangka melangsungkan pernikahan dalam tahun ini juga. - Foto Ihsan Chomel

0 comment... add one now