Terbaru tindakan sekumpulan remaja lelaki yang merakamkan gambar ketika solat menerima kecaman pelbagai lapisan masyarakat yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai mempersenda dan menghina Islam.
Gambar sekumpulan remaja yang sedang ‘bersolat’ itu mula diperkatakan apabila penguna media sosial memuatnaik gambar tersebut yang kemudianya menjadi ‘viral’.
Kuala Lumpur – Trend penghinaan terhadap kesucian Islam yang berlaku dalam negara akhir-akhir ini menuntut kerajaan untuk tidak lagi bersikap ‘lembik’ atau sekadar memberi amaran, sebaliknya ‘bertaring’ dalam bertindak.
Ada yang merasakan tindakan remaja tersebut hanya sekadar ingin berjenaka, namun tindakan mereka itu dilihat sebagai keterluan kerana mempersendakan ibadah masyarakat Islam di negara ini.
Gambar tersebut turut memaparkan aksi mereka yang tidak menutup aurat, bercakap menerusi telefon bimbit dan yang paling menyedihkan ada yang sedang menghisap rokok.
SuaraTV dimaklumkan sehingga tiada sebarang aduan dan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian ini.
Tinjauan SuaraTV juga mendapati, ramai dikalangan penguna media sosial mengesa agar pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap perlaku di dalam gambar tersebut.-suaratv