Gambar Lawak Sebelum Bedah Plastik Akhirnya Bertukar Serius Jelita

Sebelum dia dibedah,wajahnya sering jadi bahan lawak jenaka di sekolah ataupun tempat awam.Selepas bedah plastik akhirnya ia jadi tumpuan jejaka kerana kejelitaannya.


PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:

i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.

ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.


Diwajibkan

Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.


Diharuskan

Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.


Diharamkan

Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

Terdapat juga hadis menyebut:

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)














err.. yang bawah ni sesat nih..



0 comment... add one now