Seorang pelajar jepun trauma seumur hidup kerana dia telah diperk#sa selama 3 minggu dibilik bawah tanah.Nasib baik dia tidak dibunuh.Mungkin kerana dia bertindak bijak memperdayakan `'makhluk'' buas yang merogolnya.
gambar hiasan
Timbalan Superintendan Polis Alok Kumar Singh berkata, siasatan menunjukkan pelancong itu diculik selepas diacukan senjata api dan dikurung di dalam bilik bawah tanah berhampiran Bodh Gaya.
“Mangsa yang semakin lemah kerana diseksa begitu lama dibawa ke Gaya untuk rawatan perubatan pada 20 Disember lalu.
“Ketika itu dia melarikan diri dan mendapat bantuan pelancong Jepun lain yang membawanya ke konsulat Jepun di Kolkata,” katanya.
Menurutnya, Sajid Khan, 32, dan adiknya Jawed berusia 25 tahun ditangkap kelmarin.
“Mereka disiasat kerana mengurung dan merogol pelajar Jepun itu,” katanya.
Mangsa datang dari Kolkata untuk melawat kompleks Bodh Gaya yang terletak 110 kilometer dari Patna. - AFP