Ketiga-tiganya berusia 17 tahun dan didakwa menodai mangsa seusia dengan mereka di sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kok Lanas, di sini, antara jam 9.30 pagi dan 1 petang, 22 Januari lalu.
Seorang daripada mereka mengaku salah atas tuduhan itu, sementara dua lagi memohon untuk dibicarakan.
Tuduhan dijalankan mengikut Seksyen 371(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, bagaimanapun mereka pesalah juvenil menyebabkan hukuman tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001.
Mahkamah membenarkan dua tertuduh yang tidak mengaku salah itu diikat jamin RM2,000.
Tertuduh yang mengaku menodai mangsa pula tidak dibenarkan sebarang jaminan kerana sudah di tempatkan di Sekolah Tunas Bakti Taiping.