Keluarga kami pun terkejut apabila melihat di surat khabar hari ini yang dia merupakan individu yang dilaporkan (maut) dalam kejadian itu (pengebom berani mati)," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Berangan di sini, hari ini.
Jaafar berkata seluruh anggota keluarga tidak mengetahui Ahmad Affendy telah ke luar negara dan terbabit dalam kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS)
Bapa saudaranya Jaafar Chik, 67, berkata, anak saudaranya itu jarang berbual dengan orang ramai dan sebelum ini mengikuti kumpulan tabligh sehingga ke Thailand.
"Saya sendiri jarang berbual dengannya kerana dia pendiam sangat dan apa yang saya tahu sebelum ini mengikuti kumpulan tabligh sehingga ke Siam (Thailand).
"Kami ingat lama tak bertemu mungkin pergi berdakwah ke mana-mana. Saya sendiri pun tidak tahu apa itu IS dan kematiannya jika benar adalah sesuatu yang menyedihkan," katanya.
Beliau berkata, sehingga kini tiada mana-mana pihak atau pihak berkuasa datang ke rumah adiknya untuk memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anak saudaranya itu.
"Saya berharap keluarganya banyak bersabar," katanya yang tinggal berjiran dengan keluarga Ahmad Affendy.
Jaafar berkata keluarga mereka sebelum ini hanya mengetahui desas desus kematian Ahmad Affendy melalui laman sosial Facebook, dan berita itu kemudiannya disiarkan di akhbar tempatan hari ini.
Beliau berkata anak saudaranya itu pernah mengikuti pengajian pondok di Pasir Tumboh selepas tamat persekolahan dan kali terakhir bertemunya adalah pada awal tahun ini.
Wartawan bagaimanapun gagal menemui ibu bapa Ahmad Affendy yang dikatakan peniaga pakaian di sebuah pasar di sini.-Bernama
Pengebom Berani Mati Dan Anggota ISIS Pertama Di Malaysia, Ahmad Tarmimi Malik
"Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.
Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.
"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria selepas dipercayai menjadi pengebom berani mati dengan merempuh kem tentera sehingga membunuh 50 yang lain kebanyakannya tentera kerajaan.-kosmo