Pelakon Janda Putri Mardiana Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

AstroGempak  mendedahkan identiti dan no fail kes tersebut. Pasangan ini Puteri Mardiana Dan Shahrizam dikatakan sudah saling mengenali sejak setahun yang lalu.

Melalui portal AstroGempak, telah didedahkan sumber yang mengesahkan kes tangkapan khalwat Putri Mardiana dengan seorang lelaki bernama Shahrizam Abdullah yang merupakan suami orang.


Ini kenyataan dari sumber yang tak mahu namanya didedahkan kepada AstroGempak:

“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.
“Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah.

“Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,”

“Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang).
“Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la...Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

“Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? ”

0 comment... add one now