Walaupun masih bersekolah di tingkatan 3,keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mempercepatkan perkahwinan mereka selepas mengetahui hubungan serius antara mereka berdua.“Pada awalnya sukar untuk saya buat keputusan memandangkan ada rakan-rakan minta saya tangguhkan sehingga tamat tingkatan lima, tetapi saya membulatkan tekad untuk berkahwin” katanya
Melaka : Usia muda tidak menghalang pelajar tingkatan tiga, Nurulain Mohammad, 15, untuk mengambil keputusan mengahwini teman lelakinya yang berusia enam tahun lebih tua daripadanya.
Dengan sokongan keluarga kedua-dua belah pihak, Nurulain semalam disatukan dengan Zulhelmi Kaharudin, 21, seorang peniaga kedai makan yang sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu.
Pasangan tersebut kemudiannya disandingkan bersama 17 pasangan pengantin lain sempena Majlis Perkahwinan Perdana 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini semalam.


click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.