Gadis cantik yang dikelar muka,Nur Shafiqa mungkin akan jadi popular seperti artis selepas ini kerana dia meminta penaja untuk rawatan mukanya.Tak lama lepas ni boleh la lihat pelbagai syarikat akan mengambil kesempatan menawarkan produk kecantikan kepada mangsa.Muncul pula di kaca tv seperti Nona dan sebagainya dengan produk yang digunakan.
Beliau berkata, sehingga ini tiada mana-mana pihak yang menawar pembiayaan itu selepas kejadian yang berlaku terhadapnya pada Ahad lepas.
"Bagaimanapun saya akan berunding dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran jika ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Aman 3 di sini hari ini semasa kunjungan rombongan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan yang diketuai ketuanya, Datin Rahimah Muhammad.
Dalam kejadian itu, beliau mengalami kecederaan pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri oleh dua lelaki bertopi keledar yang menceroboh rumahnya dan turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Krian untuk rawatan lanjut. - Bernama