Laman S#ks 1Malaysia Menjadi Popular

Ramai orang menggunakan slogan 1Malaysia pada perniagaan masing-masing untuk tambah keunikan pada nama syarikat atau kedai.Tapi bagaimana pula dengan laman web luc#h ini.Laman s#ks 1Malaysia mula popular kena ia menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini.

Laman web tersebut menggunakan nama ‘1Malaysia Women Life’ yang memaparkan perkongsian pengalaman lelaki-lelaki yang pernah mendapatkan khidmat layanan s#ks sebagai rujukan.

Kuala Lumpur : Satu forum s#ks didapati menyalahgunakan slogan 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khusus untuk berkongsi pengalaman tidur bersama wanita.

Dengan menggelar diri mereka ‘Cheongster brothers’, laman web berkenaan menyediakan ruang untuk pelanggan menulis pengalaman beraksi dengan gadis-gadis tertentu.






Laman web itu turut menyediakan satu ruangan menterjemah kata-kata akronim yang merujuk kepada bangsa, bentuk badan, khidmat atau pun perilaku s#ks wanita terbabit.

Sebagai contoh, CKT (char koay teow) merujuk kepada wanita Cina, NL (nasi lemak) untuk wanita Melayu, Tom Yam untuk wanita Thailand dan PRC untuk mereka yang datang dari China.

Tujuan penubuhan laman web tersebut adalah untuk ‘mendidik’ lelaki berdasarkan pengalaman s#ksual rakan-rakan lain, sebelum mereka merasainya sendiri.


Hasil semakan mendapati, laman web itu mula wujud sejak 2010 oleh individu yang dipercayai berada di Petaling Jaya.

Masih menunggu komen Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara berkenaan. sumber

0 comment... add one now