Susulan itu, penduduk di kawasan berkenaan telah menubuhkan akaun Facebook yang dipanggil `hukuman kepada dalang yang melakukan perbuatan jenayah’ dalam usaha mencari pihak yang bertanggungjawab itu.
Namun akhirnya kisah sebenar kucing itu berwarna hijau telah didedahkan.
Rupa-rupanya kucing berkenaan bertukar hijau kerana ia sering tidur di dalam timbunan cat hijau sintetik dalam sebuah garaj.
Ia disokong dengan laporan bahawa kucing berkenaan menjadi semakin hijau setiap hari.
Persatuan Diraja Pencegahan Penganiayaan Binatang (RSPCA) sebelum ini memberi amaran bahawa mewarna atau mengecat binatang bagi tujuan kosmestik hanya akan menyebabkan haiwan berkenaan berpotensi menemui ajal.-mynewshub/dailymail